Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; "al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani" karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:
"Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
1: Sapu pada ubun-ubun
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
2: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat."
2: Leher kiri dan kanan..
- Memberi kekuatan pada roh.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.
Insya'Allah..
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi" (Hadis Riwayat Muslim) KHASIAT;
- Memberi kekuatan pada roh
- Menenangkan jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
- Menghilangkan sesak nafas
- Melegakan lelah (asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran/dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gemetar
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Melanjutkan usia
- Dapat mengusirkan syaitan dan sihir.
(caraguna Menghidu , Sapu dipakaian dan Sapu ditubuh badan )
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).sumber: Madrasah Darul Atiq
SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH...
CARA MENGGUNAKAN MINYAK WANGIAN AROMA TERAPHY AL – JANNAH UNTUK PERUBATAN :
CARA MENGGUNAKAN MINYAK WANGIAN AROMA TERAPHY AL – JANNAH UNTUK PERUBATAN :
SEBELUM GUNA HENDAKLAH DI BACA BISMILLAH 7 KALI DAN SELAWAT 7 KALI
- Untuk kanak –kanak menangis waktu malam
- Orang dewasa yang susah tidur
- Orang yang tidurnya diganggu mimpi yang pelik-pelik seperti;mimpi ular hitam mematuk /menyerang ,mimpi orang bagi bayi/anak, mimpi di kejar kerbau,selalu terkejut
- histria
- takut terkena sihir (pukau) masa keluar rumah dan sebagainya
Cara guna; Membaca Bismillah 7 kali,selawat 7 kali,AL-FATIHAH 3 kali dan AL-IKHLASH 3 kali, Ambil sedikit minyak sapu di hidung, bulu kening, mata kanan dan kiri,cuping telinga dan keliling ibu jari kaki ,kanan/kiri
CARA UNTUK PEMATI SIHIR DI DALAM RUMAH ,KEDAI, ATAU TEMPAT PERNIAGAAN
1) Ambil air di kolah masjid, sebelum ambil baca Bismillah 7 kali, selawat 7 kali,niat ambil air kolah untuk dibuat ubat.
2) Masukkan air kolah masjid dalam botol spray dan masukkan minyak Aroma Teraphy kedalam botol 5 titik ataupun lebih.
3) Baca Bismillah 7 kali,selawat 7 kali,AL-FATIHAH 1 kali,AL IKHLASH 7 kali,Ayat kursi 1 kali, sambil niat minta kepada Allah,” Ya Allah dengan berkat ayat Al-quran ini,Engkau pematilah segala sihir ini dan Kau naiklah seri(rumah,kedai)ku ini dengan berkat ”” LA ILAHA ILLALLAHU MUHAMADUR RASULULLAH””
4) Semburkanlah didalam (rumah,kedai) dan diluar,sambil didalam hati menyebut “ALLAH,ALLAH,ALLAH,……hingga habis sembur.
CARA GUNA UNTUK PENYERI DIRI
- Untuk menghadapi perbicaraan
- Untuk penemu jodoh
- Untuk temuduga
- Untuk berjumpa menyelesaikan masalah
- Untuk hilang bahadi
- Histria
- untuk pemati sihir dan sebagainya
1) Ambil air kolah masjid, 5 botol mineral sebelum ambil baca bismillah 7 kali ,selawat 7 kali.niat ambil untuk buat ubat.
2) Ambil bunga 7 jenis yang wangi-wangi ,setiap jenis 7 kuntum bunga,49 kuntum kesemuanya.
3) Bunga hendaklah dibasuh dengan bismillah dan selawat 7 kali.
4) Masuk air kolah masjid ke dalam baldi, masukkan minyak Aroma Teraphy 3 titik atau lebih, masukkan bunga kesemuanya,baca Bismillah 7 kali,selawat 7 kali,AL-FATIHAH 3 kali AL-IKHLASH 3 kali.Sambil berdo’a kepada Allah apa yang dihajati.Contoh; “Ya Allah dengan Ayat Al-Quran ini aku mohon kepada-Mu, Kau jadikan air ini sebagai penyeri diriku,Kau pertemukanlah jodohku,Kau buangkan bahadi ditubuhku, Ya Allah perkenankanlah do’aku ini ,dengan berkat “ LA ILAHA ILLALLAHU MUHAMADUR RASULULLAH”…., Buat sebelah malam,kemudian masa pagi sebelum terbit matahari mandi dengan air bunga ini.
Cara mandi; * Mandi dengan air biasa terlebih dahulu, kemudian Bismillah,selawat baru mandi air bunga ini sambil niat kepada Allah,selepas mandi jangan lap badan,biar kering dengan sendirinya.Sebaiknya buang bunga tadi pada tempat air mengalir (sungai atau parit).
UNTUK MERAWAT SANTAU ATAU RACUN
*) Ambil air mineral 1 gelas,titiskan 1 titis minyak Aroma Teraphy, Bismillah 7 kali,selawat 7 kali, minum senafas air ini sekali sahaja, kemudian di selangi 1 biji air kelapa muda selama tiga hari berturut-turut.
**) Penawar santau adalah tombak anak pisang kelat,selut putih dalam sungai/perigi,udang bendang /sawah(yang hidup di dalam tali air).
* Ambil bahan-bahan ini ,basuh dengan membaca Bismillah dan selawat ,masuk kedalam blender, tambahkan air dan kisar sehingga lumat,masukkan ke dalam cawan,biarkan seketika sehingga mendap.minumlah airnya sahaja,kemudian buang lebihan bahan-bahan tadi.Amalkan selama 3 hari berturut-turut.
Sebelum minum bacalah Bismillah 7 kali, selawat 7 kali,berdo’a kepada Allah supaya santau di dalam tubuh di matikan.
*****jangan makan ,minum benda-benda tajam seperti limau,nenas,air bergas,cuka,rebung buluh dan seumpanya selama 44 hari.
Untuk kanak –kanak menangis malam,orang yang susah tidur,selalu terkejut,hysteria,kerja dalam tekanan /stress dan seumpamanya ,,Baca bismillah 7 kali,selawat 7 kali,sapu di kening kanan,kiri,hidung, cuping telinga kanan kiri, ibu jari kaki kanan kiri(secara bulatan).Sapu sebelum tidur dan ketika hendak keluar rumah.
Semoga apa saya usahakan ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang memerlukannya .Semua atas Izin Allah jua. Sakit ,sihat datangnya dari Allah, Allah memberi ujian penyakit ‘Allah jua mencipta dan memberi penawarnya.Kita hanya berdo’a dan beriktiar,yang selebihnya kita bertawakal kepadaNya.Lakukan dengan penuh keyakinan semoga Allah perkenan usaha kita,memberi kita kesembuhan agar dapat mengerjakan amal ibadat dengan sempurna.